Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi ialah penyandang Anugerah Kepujian Bakti Belia 2016. Beliau menubuhkan Unit Tindakan Khas PPIM (UTK PPIM) bagi menyantuni pelbagai kes pengguna yang saban hari datang membuat aduan dan mengharapkan pertolongan.

Bagi Yusuf, integriti ialah perkara pokok dalam kepenggunaan. Oleh sebab itu segala bentuk ceroboh dalam integriti, termasuklah penindasan, penipuan dan ketidakadilan wajib ditentang.

Keseriusannya dalam hal ini turut membawa kepada tercetusnya agenda Gerakkan Banteras Aktiviti Haram (dengan sinergi pelbagai NGO) dan program Semboyan 1Malaysia. Yang dihasratkan daripada semua ini amatlah murni: Menyedarkan warga Malaysia tentang hak pengguna, dan pada masa yang sama membela mangsa, tanpa mengira latar agama dan kaum. Bergandingan dengan pasukannya yang terdiri daripada peguam, panel syariah dan briged sukarelawan, hari ini UTK PPIM mengendalikan kes-kes yang amat rencam. Daripada yang berskala kecil melibatkan empat angka hinggalah kepada yang berskala besar mencecah nilai jutaan, bahkan bilion ringgit!

Baginya, berani ialah benih daripada kasih sayang,
yang daripadanya cambahlah pohon kekitaan.

Berani ialah bahasa diri,
yang teramat halus dan dalam:
Tentang niat dan pendirian,
tentang keinsanan.

– Azah Aziz

Laman sesawang ini diselenggarakan oleh :